Search This Blog

Saturday 1 September 2018

Idola Saya.... mama dan babah




Bukan perkara mudah untuk saya mencapai sesuatu kejayaan yang saya kecapi sekarang Mama dan babah menjadi idola utama saya kerana mereka yang memberi kata perangsang dalam setiap penglibatan  diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Mama dan babah juga sering membantu saya pada setiap waktu saya perlukan mereka.  Mama dan babah sanggup berkorban mengambil cuti jika saya sakit atau mewakili sekolah ke luar daerah atau negeri. Saya sangat menghormati babah saya sebagai seorang pendidik yang begitu komited dengan tugasnya sama ada pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mama pula sangat saya kagumi kerana beliau sangat mengambil berat tentang saya walaupun sibuk dengan komitmen tugasnya sebagai Pembimbing Pakar  Peningkatan Sekolah (SISC+).Gabungan  semangat mama dan babah menjadi sumber kekuatan untuk saya terus berusaha untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah saya akan terus melihat dan menjadikan kejayaan saya sebagai hadiah tidak ternilai untuk mama dan babah.  Moga mereka berdua kekal sihat dan panjang umur untuk terus membimbing saya seingga ke akhir hayat.

Renjis-renjis dipilis.... Selamat Pengantin Baharu






Dewan MDJ Jerantut







Kampung Temin, Jerantut


Hari ini saya dan keluarga pergi menghadiri dua majlis perkaahwinan. Pertama kami sekeluarga pergi ke dewan Majlis Daerah Jerantut. Raja sehari di majlis itu ialah Kak Awanis dan pasangannya. Saya makan nasi goreng dan Mi Singapura bersama dengan lauk ayam merah. Kemudian saya mengambil air sirap selasih. Saya juga makan kuih-muih dan ais krim. Selepas itu, saya dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan pak su kawan saya. Nama pasangan itu ialah Syakir dan pasangannya. Saya sudah kenyang dan hanya makan ais krim. Tuan rumah menjemput kumpulan kompang, kumpulan motosikal berkuasa tinggi dari Melaka dan banyak lagi.
Harapan dan doa saya untuk dua mempelai ialah kekal bahagia sepanjang hayat dan mendapat anak yang soleh ataupun solehah.





Sinopsis Buku


Tajuk Buku: Kena Culik

Tarikh Mula Baca : 1 September 2018
Tarikh Tamat         : 1 September 2018
Penulis            : Fazla Idha/Azanil Fitri
Penerbit           : Blink Book
Jumlah Bab     : 10
Jumlah
Mukasurat      : 122

Sinopsis         

Buku cerita ini mengisahkan tentang dua orang murid tingkatan 3 yang kurang senang dengan Cikgu Osman. Mereka telah mengenakan guru itu dan padahnya mereka tidak lulus dalam setiap peperiksaan mata pelajaran Sejarah yang diajar oleh Cikgu Osman. Memang Cikgu Osman sengaja tidak meluluskan dua orang pelajar itu untuk membalas dendam bak kata peribahasa “ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas”. Kemudian mereka merancang untuk menjalankan misi Mipu iaitu misi pujuk. Namun Cikgu Osman tidak menerima pujukan mereka. Kemudian mereka bercadang hendak mengupah Ah Long iaitu Ahcai Berry untuk menculik Cikgu Osman tetapi dibatalkan niat itu kerana upahnya RM 10000. Selepas itu mereka merancang untuk bersekutu dengan tukang kebun mereka yang pernah dianiaya oleh guru tersebut. Setelah mengenangkan saat hitam itu dia pun bersetuju dengan permintaan dua orang murid tersebut dengan harga RM 300. Sewaktu mereka hendak menculik guru tersebut Ahcai Berry telah menculiknya dahulu. Rupanya Cikgu Osman pernah membuat pinjaman dengan Ahcai Berry dan tidak membayar hutangnya. Tukang kebun tersebut telah menelefon polis kerana Ahcai Berry telah mengeluarkan pedang Samurai untuk menamatkan riwayat guru yang malang itu. Mereka tidak boleh menunggu polis lagi kerana Cikgu Osman bagai “telur dihujung tanduk”. Sewaktu mereka sedang menyerang sekutu Ahcai Berry, polis telah tiba untuk menyelamatkan keadaan. Cikgu Osman telah berterima kasih kepada mereka bertiga. Setelah mereka mengambil keputusan PT3 , mereka sangat gembira kerana mereka telah lulus dalam subjek Sejarah dan mendapat gred C. kemudian salah seorang daripada mereka telah berkata, C untuk kena culik. Kemudian mereka ketawa terbahak-bahak.