Search This Blog

Sunday 19 August 2018

Perkongsian Bahan Bacaan















Tajuk      : Shah Jahan Pembina Taj Mahal
Penulis   :  Abdul Latip Talib
Bilangan Muka surat: 394
Penerbit : PTS Publication
Taj Mahal dikatakan dalam banyak sejarah telah dibina oleh Shah Jahan sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-14 iaitu pada 17 Jun 1631. Shah Jahan adalah seorang yang beragama Islam.
Gelaran Mumtaz Mahal (atau nama sebenar beliau,  Arjumand Banu Begum) bermaksud “hiasan kesayangan di istana” diberikan oleh Shah Jahan. Beliau adalah isteri ketiga.
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India. Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal Awal dengan menggabungkan senibina Parsi, Turki dan India.
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
Shah Jahan pada waktu itu adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima bermula 1628 hingga 1658. Beliau berkahwin dengan Mumtaz pada tahun 1607, beliau adalah cucu kepada seorang bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun pada ketika itu.
Zaman pemerintahan beliau adalah zaman kerajaan Mughal begitu rancak membangunkan bangunan-bangunan yang indah. Mughal mempunyai tukang yang mahir dari dalam negara dan juga dari luar.


Selain pembinaan agung Taj Mahal, beliau jugalah yang membina Tembok Merah (Qila Mubarak), Masjid Mutiara,  istana-istana, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).
Berdasarkan pembacaan saya   pada sub topik ke 32 iaitu SENGKETA EMPAT BERSAUDARA.
Siapa pernah menyangka di balik keindahan dan kesucian cinta yang tercermin dari Taj Mahal, tersimpan keangkuhan manusia? Atau, pernahkan kita menduga ketulusan cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal sang Penghias Istana, harus ternoda oleh sisi gelap nan menyakitkan?

Ketika  Taj Mahal selesai  dibangunkan , berlaku pertelingkahan bersaudara.  Perseteruan dua anak Shah Jahan, Dara dan Aurangzeb, dalam merebut kuasa pemerintahan kerajaan  Munghal  ketika Aurangzeb melakukan pemberontakan. Aurangzeb lalu memenggal kepala Dara dan menunjukkannya di hadapan sang Ayah, Shah Jahan.

Maka berulanglah sebuah pengkhianatan terhadap hukum Timurid yang diciptakan leluhur mereka, Timur-i-leng: “jangan sakiti saudaramu, meskipun mereka mungkin layak mendapatkannya,” ini tak ubahnya sebuah karma akibat Shah Jahan membunuh saudaranya, Khusrau, demi mengamankan kekuasaannya.
Untuk mengetahui dengan lebih jelas.. sahabat semua boleh mendapatkan buku ini  dipasaran.

Rakaman kenangan bersama Pak Latip penulis buku Shah jahan Pembina Taj Mahal di booth jualan buku Pak Latip semasa PBAKL 2018