Search This Blog

Saturday 1 September 2018

Idola Saya.... mama dan babah




Bukan perkara mudah untuk saya mencapai sesuatu kejayaan yang saya kecapi sekarang Mama dan babah menjadi idola utama saya kerana mereka yang memberi kata perangsang dalam setiap penglibatan  diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Mama dan babah juga sering membantu saya pada setiap waktu saya perlukan mereka.  Mama dan babah sanggup berkorban mengambil cuti jika saya sakit atau mewakili sekolah ke luar daerah atau negeri. Saya sangat menghormati babah saya sebagai seorang pendidik yang begitu komited dengan tugasnya sama ada pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mama pula sangat saya kagumi kerana beliau sangat mengambil berat tentang saya walaupun sibuk dengan komitmen tugasnya sebagai Pembimbing Pakar  Peningkatan Sekolah (SISC+).Gabungan  semangat mama dan babah menjadi sumber kekuatan untuk saya terus berusaha untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah saya akan terus melihat dan menjadikan kejayaan saya sebagai hadiah tidak ternilai untuk mama dan babah.  Moga mereka berdua kekal sihat dan panjang umur untuk terus membimbing saya seingga ke akhir hayat.

12 comments:

  1. Tahniah emir qory.. kipidap! Yukendoit

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dan didoakan berjaya dlm semua bidang...

    Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Emir penyejuk hati mama n abah.moga berjaya didunia n akhirat

    ReplyDelete
  4. Tahniah wahai anak muda. Teruskan kecemerlangan anda..

    ReplyDelete
  5. Tahniah...smg berjaya dlm semua bidang dan menjadi wira negara

    ReplyDelete
  6. Congratulations Emir for thst wonderful salutation to yr Mama and Babah. A job well done! To the wonderful n supportive parents - I salute you, exemplary parents!!

    ReplyDelete
  7. Tahniah, penyejuk jiwa ibu ayah dan keluarga

    ReplyDelete
  8. Tahniah Emir.. Semoga berjaya mencapai cita² dan menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Emir....teruslah melangkah untuk menempa kejayaan demi kejayaan dan menjadi yg terbaik

    ReplyDelete