Search This Blog

Saturday 18 August 2018

Kenangan Sepanjang Zaman.. Tukang Karut Terbaik Pertandingan Kalam Sya'bi Peringkat Negeri Pahang







Alhamdulillah dan syukur kepada Allah  S.W.T tanpa diduga saya telah dinobatkan sebagai tukang karut @ Rawi terbaik bagi pertandingan kalam Sya'bi peringkat negeri Pahang 2018. Pengalaman yang cukup indah sepanjang hidup saya. Walaupun sekadar pertandingan namun bakat saya dapat dicungkil oleh  Ustaz Kamarul Azmi( babah saya ) serta jurulatih dikir barat yang banyak membantu sehingga saya dan ahli kumpulan kami turut berjaya menjadi JOHAN kalam sya'bi peringkat negeri Pahang yang telah dianjurkan oleh JPN Pahang. Persiapan rapi perlu dibuat untuk beraksi dipentas kebangsaan pada 10 - 12 Ogos 2018 bertempat di SMKA Naim Lilbanat Kota Baharu Kelantan.

Biodata Emir El-Abqariy Bin Kamarul Azmi






Nama saya seperti yang diatas. Dilahirkan di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh Pahang pada 22 Ogos 2007. Saya merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Saya tinggal di Lot 67 R KM 8 Kampung Temin Jerantut Pahang. Bapa saya seorang guru di SK Temin Jerantut. Ibu Saya pula merupakan seorang Pegawai Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) bertugas di PPD  Temerloh. Hobi saya membaca novel bertemakan sejarah islam. Cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor perubatan. Saya mempunyai sifat periang dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu.