Tajuk : Shah Jahan Pembina Taj Mahal
Penulis :
Abdul Latip Talib
Bilangan
Muka surat: 394
Penerbit :
PTS Publication
Taj Mahal dikatakan dalam banyak sejarah telah dibina oleh Shah
Jahan sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika
melahirkan anak yang ke-14 iaitu pada 17 Jun 1631. Shah Jahan adalah seorang
yang beragama Islam.
Gelaran Mumtaz Mahal (atau nama sebenar beliau, Arjumand
Banu Begum) bermaksud “hiasan kesayangan di istana” diberikan oleh Shah Jahan.
Beliau adalah isteri ketiga.
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai
Jumna, berhampiran Agra, India. Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal
Awal dengan menggabungkan senibina Parsi, Turki dan India.
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks
bersepadu yang merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara
tinjau dan lain-lain.
Shah Jahan pada waktu itu adalah
pemerintah kerajaan Mughal yang kelima bermula 1628 hingga 1658. Beliau
berkahwin dengan Mumtaz pada tahun 1607, beliau adalah cucu kepada seorang
bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun pada ketika itu.
Zaman pemerintahan beliau adalah zaman kerajaan Mughal begitu
rancak membangunkan bangunan-bangunan yang indah. Mughal mempunyai tukang yang
mahir dari dalam negara dan juga dari luar.
Selain pembinaan agung Taj Mahal, beliau jugalah yang membina
Tembok Merah (Qila Mubarak), Masjid Mutiara, istana-istana, masjid di
Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang
Pakistan).
Berdasarkan pembacaan saya
pada sub topik ke 32 iaitu SENGKETA EMPAT BERSAUDARA.
Siapa pernah menyangka di balik keindahan dan
kesucian cinta yang tercermin dari Taj Mahal, tersimpan keangkuhan manusia? Atau,
pernahkan kita menduga ketulusan cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal sang
Penghias Istana, harus ternoda oleh sisi gelap nan menyakitkan?
Ketika Taj Mahal selesai dibangunkan , berlaku pertelingkahan bersaudara. Perseteruan dua anak Shah Jahan, Dara dan Aurangzeb, dalam merebut kuasa pemerintahan kerajaan Munghal ketika Aurangzeb melakukan pemberontakan. Aurangzeb lalu memenggal kepala Dara dan menunjukkannya di hadapan sang Ayah, Shah Jahan.
Maka berulanglah sebuah pengkhianatan terhadap hukum Timurid yang diciptakan leluhur mereka, Timur-i-leng: “jangan sakiti saudaramu, meskipun mereka mungkin layak mendapatkannya,” ini tak ubahnya sebuah karma akibat Shah Jahan membunuh saudaranya, Khusrau, demi mengamankan kekuasaannya.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas.. sahabat semua boleh mendapatkan buku ini dipasaran.
Rakaman kenangan bersama Pak Latip penulis buku Shah jahan Pembina Taj Mahal di booth jualan buku Pak Latip semasa PBAKL 2018
No comments:
Post a Comment