Search This Blog

Sunday 2 September 2018

Hobi Saya


Mengumpul Sampul Wang



Koleksi sampul wang






Sampul Wang yang paling saya sayang... Terima kasih  Mama...





Sampul pilihan 


Sampul pilihan



Sampul pilihan




Saya ingin berkongsi hobi  yang saya buat dalam tempoh 2016 hingga sekarang dan akan datang. Saya paling sayang sampul jenama Ariani kerana sampul itu merupakan  pemberian Mama saya yang tercinta. Keunikan sampul Ariani ini adalah daripada warna dan coraknya yang menarik talah berjaya menawan hati saya untuk memilihnya sebagai sampul yang paling saya suka.  Peringkata awal saya hanya mengumpul sampul wang dengan menyimpannya didalam kotak. Namun, saya sedar hobi mengumpul sampul duit raya ini perlu diteruskan. Bukan sekadar hobi, aktiviti mengumpul sampul duit raya merupakan satu cara untuk memupuk semangat suka menabung. Duit yang saya peroleh hasil dari pemberian banyak pihak akan disimpan didalam tabung ataupun bank.
Moga amalan menabung ini  akan sentiasa diteruskan dan mengelakkan diri  saya terjebak dalam amalan pembaziran.

Saturday 1 September 2018

Idola Saya.... mama dan babah




Bukan perkara mudah untuk saya mencapai sesuatu kejayaan yang saya kecapi sekarang Mama dan babah menjadi idola utama saya kerana mereka yang memberi kata perangsang dalam setiap penglibatan  diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Mama dan babah juga sering membantu saya pada setiap waktu saya perlukan mereka.  Mama dan babah sanggup berkorban mengambil cuti jika saya sakit atau mewakili sekolah ke luar daerah atau negeri. Saya sangat menghormati babah saya sebagai seorang pendidik yang begitu komited dengan tugasnya sama ada pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mama pula sangat saya kagumi kerana beliau sangat mengambil berat tentang saya walaupun sibuk dengan komitmen tugasnya sebagai Pembimbing Pakar  Peningkatan Sekolah (SISC+).Gabungan  semangat mama dan babah menjadi sumber kekuatan untuk saya terus berusaha untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah saya akan terus melihat dan menjadikan kejayaan saya sebagai hadiah tidak ternilai untuk mama dan babah.  Moga mereka berdua kekal sihat dan panjang umur untuk terus membimbing saya seingga ke akhir hayat.

Renjis-renjis dipilis.... Selamat Pengantin Baharu






Dewan MDJ Jerantut







Kampung Temin, Jerantut


Hari ini saya dan keluarga pergi menghadiri dua majlis perkaahwinan. Pertama kami sekeluarga pergi ke dewan Majlis Daerah Jerantut. Raja sehari di majlis itu ialah Kak Awanis dan pasangannya. Saya makan nasi goreng dan Mi Singapura bersama dengan lauk ayam merah. Kemudian saya mengambil air sirap selasih. Saya juga makan kuih-muih dan ais krim. Selepas itu, saya dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan pak su kawan saya. Nama pasangan itu ialah Syakir dan pasangannya. Saya sudah kenyang dan hanya makan ais krim. Tuan rumah menjemput kumpulan kompang, kumpulan motosikal berkuasa tinggi dari Melaka dan banyak lagi.
Harapan dan doa saya untuk dua mempelai ialah kekal bahagia sepanjang hayat dan mendapat anak yang soleh ataupun solehah.





Sinopsis Buku


Tajuk Buku: Kena Culik

Tarikh Mula Baca : 1 September 2018
Tarikh Tamat         : 1 September 2018
Penulis            : Fazla Idha/Azanil Fitri
Penerbit           : Blink Book
Jumlah Bab     : 10
Jumlah
Mukasurat      : 122

Sinopsis         

Buku cerita ini mengisahkan tentang dua orang murid tingkatan 3 yang kurang senang dengan Cikgu Osman. Mereka telah mengenakan guru itu dan padahnya mereka tidak lulus dalam setiap peperiksaan mata pelajaran Sejarah yang diajar oleh Cikgu Osman. Memang Cikgu Osman sengaja tidak meluluskan dua orang pelajar itu untuk membalas dendam bak kata peribahasa “ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas”. Kemudian mereka merancang untuk menjalankan misi Mipu iaitu misi pujuk. Namun Cikgu Osman tidak menerima pujukan mereka. Kemudian mereka bercadang hendak mengupah Ah Long iaitu Ahcai Berry untuk menculik Cikgu Osman tetapi dibatalkan niat itu kerana upahnya RM 10000. Selepas itu mereka merancang untuk bersekutu dengan tukang kebun mereka yang pernah dianiaya oleh guru tersebut. Setelah mengenangkan saat hitam itu dia pun bersetuju dengan permintaan dua orang murid tersebut dengan harga RM 300. Sewaktu mereka hendak menculik guru tersebut Ahcai Berry telah menculiknya dahulu. Rupanya Cikgu Osman pernah membuat pinjaman dengan Ahcai Berry dan tidak membayar hutangnya. Tukang kebun tersebut telah menelefon polis kerana Ahcai Berry telah mengeluarkan pedang Samurai untuk menamatkan riwayat guru yang malang itu. Mereka tidak boleh menunggu polis lagi kerana Cikgu Osman bagai “telur dihujung tanduk”. Sewaktu mereka sedang menyerang sekutu Ahcai Berry, polis telah tiba untuk menyelamatkan keadaan. Cikgu Osman telah berterima kasih kepada mereka bertiga. Setelah mereka mengambil keputusan PT3 , mereka sangat gembira kerana mereka telah lulus dalam subjek Sejarah dan mendapat gred C. kemudian salah seorang daripada mereka telah berkata, C untuk kena culik. Kemudian mereka ketawa terbahak-bahak.

Thursday 30 August 2018

Aktiviti Galakan Membaca



Perkongsian sinopsis  buku cerita "Budak  Bandar, Budak Kampung"



Sesi perkongsian bersama-sama murid Tahap 1 SKK SK Temin Jerantut





Sesi perkongsian bersama-sama  murid Tahap 2 SKK SK Temin Jerantut Pahang

Sunday 26 August 2018

Sinopsis Buku

Tajuk buku: Misteri Rumah Hantu
Penulis       : Engku Faris
Penerbit     : Synergy Media Sdn Bhd

Rumah yg ditinggalkan oleh bapa angkatnya itu disewakan Mahizan kepada wanita itu. Misteri bermula apabila wanita itu ditemui mati di rumah itu. Ada yang mengatakan dia menggantung dirinya. Ada yg mendakwa dia minum racun. Dikatakan juga  dia dibunuh oleh teman lelakinya. Bermula daripada itu  rumah itu semakin diselubungi misteri. Apakah lagi puaka yang berselindung di sebalik rumah itu? Bagaimanakah kesudahan nasib keluarga yang menyewa rumah itu seterusnya? Jom kawan-kawan kita baca buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

#aktivitigalakanmembaca
#jurnalemir
#tokohnilamdaerahjerantut


Saturday 25 August 2018

Menghargai Nikmat DariNya


Petang semalam, di dusun belakang rumah,nenek, saya dan keluarga pergi memanjat dan mengutip buah rambutan yang lebat. Kami membawa kereta sorong. Babah memanjat pokok rambutan dan saya tunggu di bawah untuk menyambut buahnya. Sambil itu, saya mengambil kesempatan makan buah rambutan tanpa disedari babah. Selepas itu saya juga merasa buah rambutan yang berbeza jenis. Satu kereta sorong tidak cukup untuk satu pokok. Selepas penat memetik, saya dan keluarga berswafoto bersama-sama. Saya sangat seronok mengutip buah rambutan bersama keluarga.






Kelahiran Yang Dinanti...Emir El-Abqariy

2007-2018...
22 Ogos 2018 genap umur saya 11 tahun.. makin bertambah usia saya. Ulang tahun kali ini mengingatkan saya tentang tanggung jawab . Makin bertambah usia, maka makin bertambah tanggung jawab yang saya perlu pikul.

Peringatan tentang tanggung jawab:
1)  Allah  S.W.T
2)  Mama dan babah
3) Sebagai seorang abang
4) Sebagai seorang cucu
5) Sebagai seorang pelajar
6) Sebagai seorang anggota masyarakat yang cintakan negara MALAYSIA.

Saya juga ingin berkongsi tentang harapan babah dan mama saya yang akan saya ingati selalu iaitu:

1) Menjaga solat
2) Bertanggungjawab
3) Menjadi contoh yang baik kepada adik saya Emir Dhiya Eddin (wallakafindow)
4) Menjaga nama baik keluarga.

Walaupun agak susah untuk memenuhi harapan itu namun saya akan cuba melaksanakannya sedaya upaya saya. Man jadda wajada wa man zara'a hasoda.






Monday 20 August 2018

Tokoh Nilam Peringkat Daerah Jerantut 2018






Minat membaca bukan sekadar hobi. Babah dan mama sering menggalakkan saya untuk membaca buku untuk menambah kosa kata dan ilmu pengetahuan. Tak terduga diminda saya tercalon sebagai tokoh Nilam bagi kategori Bahasa Melayu (SR). Selepas melalui ujian dan tapisan diperingkat PKG saya telah terpilih sebagai Tokoh Nilam BM 2018 bagi Daerah Jerantut.





Anugerah sebagai pembakar semangat 




Cinta hati saya. 
Mama banyak memberi sokongan dan galakkan untuk saya membina potensi diri .